Sunday, 25 December 2011

PERJALANAN KEARAH CAHAYA ISLAM

Assalamualaikum, kepada para sahabat,

setelah sekian lama, akhirnya saya dapat idea untuk menulis di blog ini.Tujuan utama saya menulis blog ini adalah untuk belajar tentang agama yg paling istimewa di dalam dunia ini serta meluasakan ilmu saya sebelum saya memeluk agama islam. Sebagai permulaan ingin saya ceritakan bagaimana saya berminat dengan islam dan mula mencintai islam.

Saya dilahirkan di dalam keluarga bukan islam, tetapi saya membesar di dalam persekitaran yg majoritinya beragama islam. Dari pra-sekolah hinggalah sekolah menengah saya berasa senang dan selesa berkawan dengan kawan-kawan yang beragama islam. Sewaktu kecil, pengasuh saya merupakan seorang yang berbangsa Melayu, disitu saya belajar menyebut perkataan jawi, dan selalu mendengar orang mengaji. Mungkin perkara ini yang menyebabkan saya fasih berbahasa melayu, dan sukakan budaya melayu serta memupuk minat saya terhadap islam.

Tetapi walaupun suka berkawan dengan mereka dan sering berada dengan mereka , saya tidak pernah terfikir tentang agama islam, malah saya tidak suka akan orang yang "convert" ke islam. Dulu saya selalu berkata "buat ape convert ni, kite kena kekal dengan agama asal kita'. 

Manakala, Kawan-kawan saya pula selalu cakap.... 'kau masuk islam jelah " dan saya menjawab "tengoklah nanti masa depan" dengan nada dan perasaan yang main-main dan tidak serius.

Setelah tamat persekolahan saya diterima masuk ke dalam program matrikulasi, dan disinilah segalanya yang INDAH bermula. 

Ada suatu ketika, berlangsungnya ceramah perdana di surau kolej dan penceramahnya adalah seorang Mualaf. Ustaz ini dahulunya beragama hindu dan dia telah memeluk agama islam. Ceramah ini adalah untuk pelajar yang beragama islam sahaja, teteapi kami yang bukan beragama islam turut terdengar ceramah itu melalui speaker surau. Pada mulanya saya berasa marah , kerana dia membandingkan agama hindu dengan islam.
                     
                                                            *******TETAPI********


Saya tidak pasti dengan apa yang berlaku pada diri saya, tetapi sesuatu yang baik berlaku selepas tu.
Berberapa hari kemudian , saya merasakan perubahan pada diri saya . Apabila, saya terdengar Azan, ketika saya berjalan melepasi surau, saya akan berasa sesuatu menyelesakan saya, sesuatu perasaan yang memberi ketenangan "yang amat susah saya ungkapkan dengan perkataan".... saya berasa tenang, ingin masuk kedalam surau dan sebagainya. Masa berlalu dan saya mula berminat sangat dengan islam dan mula mencintai islam.





Sewaktu perbualan saya dengan ibu, saya mula menyelitkan hasrat saya yang terpendam untuk memeluk agama islam. Apabila mendengar sahaja perkara ini, ibu saya berbuat endah tak endah dengan perkara ini malah menyuruh saya untuk memperkukuhkan lagi pemahaman saya tentang agama asal..... untuk tidak merisaukan ibu, saya menurut segala nasihatnya. Walaubagaimanapun, hati ini masih tidak tenteram, maka saya berkongsi masalah ini dengan berberapa orang rakan saya. Saya memberitahu mereka yang saya berasa amat tertarik untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang islam dan betapa gembiranya saya bila mereka mmemberi sokongan.

Sebagai permulaannya, saya mendengar lagu-lagu Maher zain dan selalu menanyakan soalan tentang agama islam kepada rakan2 saya. Minat saya dalam agama islam mula berkembang. Saya turut teringin untuk bersolat, apabila melihat rakan2 lain bersolat, ianya menarik dan saya amat berminat serta saya boleh rasakan yang saya akan mendapat suatu ketenangan apabila solat.





Pada masa yang sama, seperti smua manusia, saya tertarik dengan seorang pelajar perempuan India muslim, keayuannya, bertudung, mempunyai batasan dalam pergaulan dengan lelaki, menarik perhatian saya. Saya mula jatuh cita padaya. Tetapi, jangan salah anggap yang saya ingin masuk islam disebabkan pelajar perempuan tersebut.... saya sendiri tidak pasti akan alasan utama mengapa saya ingin memeluk agama islam. Kerana segalanya bermula tiba-tiba....... bermula dengan minat dari dalam hati.....yang saya sendiri tidak dapat kenalpasti dan saya tidak dapat menerangkannya..... Yang saya tahu I CINTAKAN ISLAM.



Sepanjang satu semester, saya menyimpan perasaan kepadanya, dan saya turut belajar tentang islam secara perlahan-lahan dengan membaca buku. dan mula mengikuti berberapa amalan umat islam, seperti berpuasa. Buat pertama kalinya saya berpuasa semasa bulan Ramadhan..... dengan sokongan rakan2 saya yang tidak ternilai. 

Masuk semester 2, saya meluahkan perasaan cinta saya kepada pljr perempuan tersebut, cinta saya ditolak. Saya teringat yang "setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini, ada hikmah disebaliknya" dan jodoh adalah ketentuan tuhan. .

Mungkin ianya takdir, untuk saya berjumpa dengan seorang rakan ini yang baik dan arif dalam ilmu agama. Dia lah tempat saya meluahkan segala masalah, dengan dialah saya berkongsi setiap perkara, dan dialah tempat untuk saya bertanya soalan tentang agama serta dengan dialah saya belajar bersama-sama. dialah orang yang menyedarkan saya untuk belajar dahulu dan ketepikan hal-hal cinta. Terlalu banyak perkara yang saya belajar daripada dia serta rakan rakan lain. Saya berasa amat bersyukur, kerana mereka semua amat membantu, dengan membelikan saya buku-buku agama dan sbgnya. Pada saat itu, saya tetapkan yang saya akan belajar dahulu tentang islam dan seterusnya memeluk agama islam.

Alhamdulillah, saya menetapkan masa 5 tahun untuk saya belajar agama dan mencapai cita-cita, selepas itu, saya akan mencari jalan penyelesaian untuk memberitahu ibu saya tentang hasrat saya untuk memeluk agama islam. Saya inginkan keturunan slepas saya beragama islam, Saya amat mencintai islam, Walau apapun berlaku saya akan memeluk agama islam apabila, tibanya masa yang paling sesuai. ISYALLAH.

sahabat sekalian, doakan lah kejayaan saya untuk berjaya memeluk islam. Saya meminta maaf, jika terdapat apa-apa kesalahan pada penulisan saya. Saya turut berharap anda semua dapat berkongsi dengan saya tentang keistimewaan serta keindahan islam. 


4 comments:

  1. you make me cry. i hate u!!! :')
    ana dah lama tahu, walaupun ana baru diberitahu tadi.
    n for your information, sejak kita berkawan sejak sem lepas, ana selalu mendoakan supaya satu hari nanti, enta -----> :)
    mabrouk, congratulations to u, my fren! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran....agar segala urusan enti dipermudahkan Allah :)

      Delete