Friday, 3 February 2012

SATU LANGKAH KEHADAPAN

Assalamualaikum,


syukur kepadamu ya Allah, dengan rahmat mu aku telah melangkah satu tapak kehadapan dalam perjuangan ku ke arah agama islam.

Setelah berfikir masak-masak, saya mengambil keputusan untuk memeluk agama islam dengan bersaksikan 2 orang sahabat. Pada 6/1/2012, saya berjaya mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk agama yang saya cintai dengan selamat.

Syukran kepada semua sahabat yang membantu saya, dari belikan buku hinggalah meminjamkan sejadah. Selepas itu, saya sudah mula untuk bersolat, walaupun sblm ini saya ada solat tetapi selepas memeluk agama islam, saya merasakan ada sesuatu yang istimewa bila bersolat. Apabila sujud, terasa kebahagiannya dan keindahan menyembah Allah. Waktu solat itulah merupakan waktu yang paling menenangkan hati dan jiwa.

Tetapi jauh di dalam hati saya masih terdapat ketakutan, takut memikirkan cara untuk saya  memberitahu perkara ini kepada keluarga, takut yang saya akan kembali ke jalan lama. Tetapi saya akan kuatkan iman saya dan tidak akan patah balik ke jalan lama.

Setiap hari berjihad mencari peluang untuk solat, setiap hari terpaksa berlakon yang diri ini bukan islam. Proses ini amat menyakitkan, tapi saya sentiasa percaya kepadaNya dan sentiasa percaya dugaan ini akan ada penghujungnya.

Setiap orang gembira apabila balik ke rumah, tetapi bukan untuk saya , kerana kerisauan dan ketakutan bertambah apabila balik ke rumah. Saya tidak dapat berdiam diri, buat kali yang ketiga saya  memberitahu kepada ibu tentang hasrat ana,

saya: "mak, kita rasa kita nak masuk islam"
ibu: " buatlah selapas mak meninggal dunia"
saya tak dapat berkata ape ape pun, terdiam je.

ibu: "ape yang kau suka sangat kat islam tu"
saya: "mak, kite selama ni sembahyang berhala tu, mak tau ke muka tuhan tu macam tu, boleh ke manusia  
         buat tuhan, bukan ke kita tak boleh lihat tuhan"
ibu: " benda tu semua dah ada dlm kitab kitab kita, orang dulu-dulu dah cakap, mak dah besarkan kamu,
         kamu jangan buat macam ni"

saya dah terangkan kepada ibu, yang saya tak dapat belajar jika tak memeluk agama islam, saya ingin solat cara islam, saya suka akan agama islam. tetapi ibu hanya berkata anggap semua agama sama dan ibu menganggap yang islam adalah melayu.

Tambahan pula, dia mula memaksa  saya sembahyang, dia asyik suruh saya pergi ke kuil. Saya menuruti segala arahannya untuk menyedapkan hati ibu, tetapi hanya setakat pergi ke kuil bukan menyembah berhala.

Apabila masuk ke dalam kuil, saya sentiasa mengucap Dua Kalimah Syahadah di dalam hati sehingga keluar drpd kuil. Walaupun rasa bersalah sangat, tetapi saya terpaksa buat masa sekarang.

Berberapa hari selepas itu, secara tiba-tiba ibu merayu dekat saya "tolong jangan tinggalkan mak, jangan tukar agama, " ayat yang sama diulanginya berberapa kali. Ini menambahkan lagi kerisauan saya.....saya hanya berkata "setiap benda yang kita buat adalah untuk kebaikkan... dan kita tak akan tinggalakan mak... sebab kita sayangkan mak'".

Saya mengambil keputusan untuk setia dengan agama islam secara diam-diam dan suatu hari nanti, bila sampai masa yang sesuai, saya akan melakukan ape yang saya inginkan tanpa menyakitkan hati ibu.

Saya hanya mampu berdoa kepadaMu Ya Allah, berilah ibuku kesedaran tentang keindahan islam, dan tunjukkanlah aku jalan penyelesaian kepada segala dugaan ini.

Walaubagaimanapun, saya masih gembira kerana saya bergelar Mualaf yang sah dr segi undang-undang Allah. Saya terbaca satu hadis yang menarik tentang keistimewaan memeluk agama islam dan maksud Mualaf daripada laman web Jabatan kemajuan Islam Malaysia.


Keistimewaan Memeluk Islam !
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

dan juga maksud Mualaf,

Huraian
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas. 


Islam membawa pelbagai perubahan di dalam hidup saya, Islam is the way of my life.
Syukran kepada yang sudi membaca, maaf jika terdapat sebarang typo... :) terima kasih. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Assalamualaikum.

1 comment: